Welcome, Guest
Username: Password: Remember me
  • Page:
  • 1
  • 2

TOPIC:

Semuanya Tentang Arduino 6 months 3 weeks ago #101

Check la Udemy or Skillshare. Banyak online courses untuk belajar Arduino.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Semuanya Tentang Arduino 6 months 2 weeks ago #116

try search kat udemy biasanya ada je yg free

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Semuanya Tentang Arduino 6 months 2 weeks ago #121

Udemy jahh

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Semuanya Tentang Arduino 5 months 2 days ago #128

Untuk beginner, saya sarankan anda cuba dulu dgn arduino uno atau nano....Kalau ada bajet lebih beli je arduino starter kit.. Dalam starter kit tu semua kompenan ada (led, resistor, kapasitor dan lain2)

Disini saya sertakan komponen yang ada pada arduino starter kit..

1 Projects Book (170 pages),
1 Arduino Uno,
1 USB cable,
1 Breadboard 400 points,
70Solid core jumper wires,
1 Easy-to-assemble wooden base,
1 9v battery snap,
1 Stranded jumper wires (black),
1 Stranded jumper wires (red),
6 Phototransistor,
3 Potentiometer 10kOhms,
10Pushbuttons,
1 Temperature sensor [TMP36],
1 Tilt sensor,
1 alphanumeric LCD (16x2 characters),
1LED (bright white),
1 LED (RGB),
8 LEDs (red),
8 LEDs (green),
8 LEDs (yellow),
3 LEDs (blue),
1 Small DC motor 6/9V,
1 Small servo motor,
1 Piezo capsule [PKM17EPP-4001-B0],
1 H-bridge motor driver [L293D],
1 Optocouplers [4N35],
2 Mosfet transistors [IRF520],
5 Capacitors 100uF,
5 Diodes [1N4007],
3 Transparent gels (red, green, blue),
1 Male pins strip (40x1),
20 Resistors 220 Ohms,
5Resistors 560 Ohms,
5 Resistors 1 kOhms,
5 Resistors 4.7 kOhms,
20 Resistors 10 kOhms,
5Resistors 1 MOhms,
5 Resistors 10 MOhms

Harga lebih kurang 90 USD.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Semuanya Tentang Arduino 5 months 21 hours ago #130

PROJEK SIMPLE DAN MUDAH GITEW MELIBATKAN ARDUINO UNO

Sebagai beginner level or yang baru nak berjinak dalam dunia Arduino, mari saya kongsikan satu projek ringkas dan menarik untuk anda cuba di rumah. Pastikan anda semua telahpun mendapatkan arduino kit seperti yang mojojiko dah katakan sebelum ni. Anda juga perlu memuat turun Arduino IDE software terlebih dahulu di dalam komputer anda melalui www.arduino.cc/en/main/software

Sambungkan Arduino Uno dengan komputer

Langkah 1: Sambungkan Arduino Uno dengan komputer melalui wayar usb dan klik 'tool' pada paparan Arduino IDE dan tekan 'Board', pilih Arduino/Genuino Uno
Langkah 2: Anda perlu memaklumkan komputer anda port yang mana anda telah gunakan untuk sambungkan Arduino Uno kepada komputer melalui wayar USB dengan mengklik 'tool' semula, tekan 'Port' dan pilih yang ada

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan ini anda boleh dapati dari Arduino starter kit


1. Arduino Uno Board
2. Breadboard (separuh saiz asal)
3. Wayar jumpers
4. Wayar USB
5. LED (5mm)
6. 220ohm resistor

Mulakan projek!

Langkah 1: Sambungkan wayar jumper (hitam) antara pin GND (Ground) Arduino Uno dengan landasan GND (Ground) / Negative rail breadboard
Langkah 2: Sambungkan wayar jumper (merah) antara pin 13 Arduino Uno dengan pin F7 di breadboard
Langkah 3: Masukkan kaki LED yang lebih panjang ke dalam pin H7
Langkah 4: Masukkan kaki LED yang lebih pendek ke dalam pin H4
Langkah 5: Bengkokkan kedua-dua kaki resistor 220 ohm dan masukkan salah satu kakinya ke dalam landasan GND / Negative rail barisan ke 4 breadboard dan satu lagi ke dalam barisan ke 14
Langkah 6: Sambungkan Arduino Uno kepada komputer melalui wayar USB (jika tidak disambungkan lagi)
Langkah 7: Muat turun kod 'Blink' yang telah sedia ada. Klik File di paparan Arduino IDE, tekan 'Examples' dan klik '0.1 Basics' > 'Blink'
Langkah 8: Setelah anda dapat melihat kod terpapar di skrin, anda perlu sahkan kod tersebut dengan menekan butang 'tick' atau 'check' pada bahagian atas sebelah kiri bawah butang 'File'.
Langkah 9: Anda seterusnya perlu muat naik kod tersebut untuk di hantar ke board Arduino. Tekan butang 'Arrow' sebelah butang 'Check' tadi.

Anda boleh melihat LED akan dinyalakan dan dimatikan. Ianya akan berulang dalam loop.

Tadaa, anda telah berjaya menyiapkan projek anda! Mudah bukan? Apa lagi, cubalah sekarang!

Jika ada sebarang soalan, jangan malu dan segan, kemukakan soalan anda di sini ya :)

Please Log in or Create an account to join the conversation.

  • Page:
  • 1
  • 2
Time to create page: 0.388 seconds