Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pusat STEM atas inisiatif memberikan kursus kepada guru-guru. Namun begitu tidak semua guru yang mengajar subjek stem mempunyai pengetahuan tentang asas kejuruteraan dan rekabentuk. Kekangan ini menyebabkan sebahagian objektif STEM dalam PdPc tidak dapat disampaikan sepenuhnya kepda murid. KSSM yang menggantikan KBSM yang ada sekarang telah dimasukkan elemen stem tetapi guru-guru yang kurang mahir tidak dapat menyampaikannya dengan baik kepada murid.
Semoga usaha Pusat STEM Negara menyebar luaskan ilmu STEM kepada guru-guru akan dapat merealisasi misi dan visi STEM.