Welcome, Guest
Username: Password: Remember me
  • Page:
  • 1

TOPIC:

3D Bantu Pendidikan 9 months 3 weeks ago #19

Sejak progran 3Ducation ini diperkenalkan, ia meghasilkan pelbagai produk yang boleh membantu pembelajaran selari dengan konsep 'Hidup Lebih Mudah' diperkenalkan TM.

Antara produk yang dihasilkan yang memberi impak mendalam dalam pembelajaran sekolah termasuk SMK Bandar Sg Buloh apabila guru dan pelajar berjaya meghasilakan 'Model Galas dan Azimut'.

Pelajar dapat memahami konsep Galas dan Azimut yang termasuk dalam subjek Geografi, Sains dan Matematik secara 3D.

Menurut guru sains sekolah terbabit, Jumilah Zakaria, pembelajaran melalui buku teks secara tradisional rumit diterangkan terutama pelajar yang kurang memahami konsep 3D.

Model Galas dan Azimut yang dihasilkan bukan sahaja dipakai di beberapa kelas di sekolah lain malah inovasi yang dihasilkan kini dirujuk untuk pembelajaran astronomi apabila peralatan pembelajaran dicetak melalui mesin 3D pada haraga yang amat berpatutan.

Pembelajaran pencetakan 3D bukan sahaja selari dengan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) tetapi konsep yang diperkenalkan melalui 3Ducation bersesuaian dengan konsep animasi, lukisan kejuruteraan pengekodan.

Beberapa sekolah lain juga menubuhkan kelab 3D Printing selepas mengikuti program 3Ducation seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiram, Johor apabila sekolah terbabit mempunyai pencetak 3D dan menghasilkan produk pencetakan 3D bagi menjana pendapatan sekolah serta membantu pembabitan pelajar dari aspek kurikulum.

Menurut Pengasas Creative Minds Muhammad Shafiq Shahrul Amar yang juga ketua syarikat memperkenalkan konsep ini dengan kerjasama TM. Pembabitan pelajar dalam teknologi 3D di bangku sekola membolehkan mereka didedahkan dengan konsep reka bentuk dan pembangunan secara digital.

"Ia selari dengan kehendak industi membuka minat mereka dalam karier kejuruteraan."

"Malah, pelbagai syarikat daripada pelabagai industri pembuatan, perubatan dan automatif kini beralih kepada teknologi pencetakan 3D bagi mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti," katanya.

Beliau berkeyakinan lebih ramai syarikat teknologi akan menyokong program yang baik ini sebagaimana sokongan padu daripada TM.

Sehingga kini, program 3Ducation juga berjaya mengumpulkan 80 guru di seluruh Malaysia untuk sesi Hackathon 2018.

Sesi yang diadakan di MaGIC, Cyberjaya bersama pelbagai rakan kongsi dan beberapa wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi tempatan untuk berbincang mengenai hala tuju dan perkembangan teknologi pencetak 3D di bilik darjah.

Ketika TM 3Ducation Hackathon 2018 yang berlangsung baru-baru ini, ruangan pameran hasil seni dan mesin cetak 3D dipamerkan untuk tatapan umum.

Mesin cetak 3D pelbagai saiz sehingga sekecil pen juga ada dipromosikan selain mesin yang dijual dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

TM 3Ducation Hackathon 2018 menjadi inisiatif oleh TM dan Creative Minds bagi mempromosi dan memberi penerangan berkenaan 3D modelling dan pencetakan kepada pendidik di seluruh Malaysia.

Program persidangan dua hari itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET Nurul Izzah Anwar dan diiringi Ketua Unit Pusat STEM Negara Dr Ihsan Ismail.

Acara menyasarkan penyertaan daripada guru sekolah, agensi, GLC, universiti dan syarikat teknologi tempatan yang terbabit secara langsung dalam penggunaan teknologi reka bentuk 3D dan pencetakan dalam sektor masing-masing.

Ia memberi satu platform perkongsian idea berkenaan perlaksanaan pendidikan 3D dalam sekolah dan mencari penyelesaian dalam tiga aspek iaitu pendidikan, persekitaran dan sosial.



Source: Harian Metro, Khamis, 29 November 2018

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Last edit: by moderator2.

3D Bantu Pendidikan 6 months 3 weeks ago #99

Boleh sy tanya kat mana nk dapatkn 3d printer? Budget around 1k

Please Log in or Create an account to join the conversation.

3D Bantu Pendidikan 6 months 3 weeks ago #103

Try contact Creative Minds, depa ada 3d Printing lesser than 1k

Please Log in or Create an account to join the conversation.

3D Bantu Pendidikan 6 months 1 week ago #126

pantasnya masa berlalu hahaha, untung budak zaman sekarang..kecil2 dah didedahkan dengan teknologi sebegini

Please Log in or Create an account to join the conversation.

  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.385 seconds