(Kursus ini dalam Bahasa Melayu)
Awas dengan Pencerobohan Siber ialah modul kesedaran keselamatan digital yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman siber yang semakin kompleks pada masa kini. Modul ini membimbing peserta untuk mengenali bentuk-bentuk serangan siber dan kaedah perlindungan asas agar lebih selamat ketika menggunakan internet.
Peserta akan didedahkan dengan contoh serangan siber seperti phishing, malware, dan pencurian identiti, serta mempelajari langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan risiko, termasuk penggunaan kata laluan yang selamat, pengesahan berganda, dan amalan berinternet yang berhemah.
Objektif Kursus
- Memahami apa itu pencerobohan siber dan kesannya terhadap individu serta organisasi
- Mengenali jenis-jenis ancaman siber seperti phishing, malware, dan hacking
- Mempelajari teknik asas pencegahan dan perlindungan data peribadi
- Membina tabiat penggunaan internet yang selamat dan beretika
- Meningkatkan kesedaran keselamatan digital dalam kalangan pengguna internet
Bidang & Subjek Berkaitan
- Keselamatan Siber
- Literasi Digital
- Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
- Pendidikan Kesedaran Internet
- Etika & Tanggungjawab Digital
Kursus ini sesuai untuk pelajar, pendidik, belia, pekerja organisasi, serta orang awam yang mahu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan siber.
Course Features
- Lectures 3
- Quiz 0
- Duration 15 minutes
- Skill level Beginner
- Language Bahasa Melayu
- Students 5122
- Certificate Yes
- Assessments Yes
- 3 Sections
- 3 Lessons
- 15 Minutes








