(Kursus ini dalam Bahasa Melayu)
Roblox Studio ialah platform pembangunan permainan digital yang membolehkan pengguna mencipta permainan 3D mereka sendiri secara interaktif dan menyeronokkan. Dengan menggunakan antaramuka visual yang mesra pengguna dan bahasa pengaturcaraan Lua, peserta akan belajar asas-asas pembangunan permainan seperti mencipta persekitaran, menambah watak, mencipta halangan, dan menerbitkan permainan secara dalam talian. Kursus ini sesuai untuk pemula yang ingin meneroka kreativiti mereka dalam dunia pembangunan permainan digital (game).
OBJEKTIF KURSUS
Kursus ini direka bentuk untuk membantu peserta:
- Memahami konsep asas permainan digital dan elemen-elemen yang menjadikannya menarik.
- Mengenali antaramuka dan fungsi asas Roblox Studio.
- Membangunkan permainan ringkas jenis “Obstacle Course” (Obby) dengan menggunakan objek 3D dan skrip mudah.
- Menggunakan skrip Lua asas untuk menjadikan permainan lebih interaktif.
- Menerbitkan dan berkongsi permainan yang dibina kepada umum.
BIDANG & SUBJEK BERKAITAN
Reka Bentuk & Teknologi, Asas Sains Komputer, Sains Data, Seni Digital
PENILAIAN
Pada akhir pembelajaran, peserta perlu mengambil ujian kefahaman berdasarkan bahan pembelajaran yang telah disediakan.
- Markah lulus: 70%
- Peserta boleh mengulang kuiz sekiranya gagal pada percubaan pertama.
Kursus ini bersifat praktikal dan memerlukan peserta memasang Roblox Studio serta mempunyai sambungan internet. Ia sangat sesuai untuk pelajar sekolah menengah, pendidik, dan individu yang berminat dalam pembangunan permainan digital.
Course Features
- Lectures 13
- Quiz 1
- Duration 1 hour
- Skill level Beginner
- Language Bahasa Melayu
- Students 5975
- Certificate Yes
- Assessments Self
- 5 Sections
- 13 Lessons
- 1 Hour
- PengenalanPengenalan konsep game dan kaitannya dengan Roblox Studio4
- 1.1Asas Roblox Studio – Jom cipta Obby! (01-Pengenalan)2 Minutes
- 1.2Asas Roblox Studio – Jom cipta Obby! (02-Konsep Sebuah Game)2 Minutes
- 1.3Asas Roblox Studio – Jom cipta Obby! (03-Roblox Studio Sebagai Game Engine)4 Minutes
- 1.4Asas Roblox Studio – Jom cipta Obby! (04-Interface Roblox Studio)3 Minutes
- Kandungan utama dalam gameDalam bahagian ini, kita akan mempelajari bagaimana untuk mencipta mekanisma utama sebuah game Obbstacle Course4
- 2.1Asas Roblox Studio – Jom cipta Obby! (05-Membina Platform Permulaan)3 Minutes
- 2.2Asas Roblox Studio – Jom cipta Obby! (06-Membina Halangan Pertama)4 Minutes
- 2.3Asas Roblox Studio – Jom cipta Obby! (07-Membina Halangan Firewall)5 Minutes
- 2.4Asas Roblox Studio – Jom cipta Obby! (08-Garisan Penamat)7 Minutes
- Tambahan yang boleh dibuat dalam gameMenambahkan elemen-elemen yang boleh memberikan pengalaman interaktif terhadap pemain akan meningkatkan keseronokan bermain3
- Menerbitkan game untuk dmainkanSetelah game berjaya disiapkan, anda boleh terbitkannya untuk dimainkan bersama dengan rakan-rakan yang lain!2
- Ujian KefahamanJom uji kefahaman anda terhadap modul Roblox Studio ini dengan menjawab soalan-soalan berikut!1








