(Kursus dalam Bahasa Malaysia)
RINGKASAN
Tinkercad adalah aplikasi berasaskan web yang dibangunkan oleh Autodesk Inc. dan direka khusus untuk mencipta model 3D dan mempelajari asas pengaturcaraan. Dengan antaramuka yang mesra pengguna, Tinkercad sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur, termasuk pemula. Platform ini sangat popular dalam pendidikan, khususnya dalam inovasi, pengaturcaraan, reka bentuk, dan pembelajaran berasaskan projek. Selain itu, Tinkercad juga menawarkan alat untuk mensimulasikan litar elektrik dan elektronik serta eksperimen fizikal dalam mod Sim Labs. Dalam mod ini, pelajar dapat meneroka konsep-konsep Sains Daya, termasuk prinsip-prinsip Fizik seperti gerakan, tenaga, dan hukum graviti.
OBJEKTIF
Memberikan kemahiran untuk menggunakan Tinkercad dalam mencipta model 3D dan menjalankan eksperimen fizik dalam mod Sim Labs, serta menerapkan konsep-konsep asas Fizik dalam pembelajaran berasaskan reka bentuk dan simulasi.
BIDANG & SUBJEK BERKAITAN
Sains Fizik, Rekabentuk 3D, Kejuruteraan, Matematik
PENILAIAN
Pada akhir pembelajaran, peserta perlu menjalankan ujian kefahaman yang menguji pemahaman mereka mengenai konsep-konsep Fizik yang diterokai dalam Tinkercad Sim Labs. Ujian ini juga akan menguji kecekapan mereka dalam menggunakan platform Tinkercad untuk mencipta model 3D dan eksperimen fizik.
Markah lulus Ujian Kefahaman: 70%.
Peserta boleh mengulangi ujian ini sehingga mencapai markah lulus.
Course Features
- Lectures 14
- Quiz 1
- Duration Lifetime access
- Skill level Beginner
- Language Malay
- Students 7616
- Certificate Yes
- Assessments Self
- 7 Sections
- 14 Lessons
- Lifetime
- PengenalanPengenalan tentang Tinkercad Sim Labs dan bagaimana ianya digunakan sebagai salah satu cara interaktif untuk menjalankan eksperimen Sains Fizik.3
- Menjalankan Eksperimen PertamaJom kita susunatur radas eksperimen pertama untuk kita jalankan eksperimen ringkas.2
- Menjalankan Eksperimen dan Menganalisa Menggunakan Google Sheet (Racing Car)Dalam menjalankan eksperimen Fizik, kita boleh jalankan analisa yang lebih mendalam menggunakan data yang diperoleh. Ditambah lagi dengan penggunaan aplikasi sepert Spreadsheet editor.2
- Menjalankan Eksperimen dan Menganalisa Menggunakan Google Sheet (Falling Penguin)Eksperimen ini kita akan terokai lagi tentang kajian Fizik menggunakan Google Sheets dan kita akan mengkaji salah satu tajuk yang popular iaitu Projectile Motion.1
- Menggunakan Connector Axle, Slider, Pivot dan TracerTinkercad Sim Labs mempunyai fungsi connector iaitu komponen yang kita boleh gunakan untuk membolehkan pergerakan dan mekanisma pergerakan fizikal diwujudkan dalam simulasi eksperimen.5
- RumusanTahniah kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran Asas TinkerCAD Sim Labs.1
- Ujian KefahamanJom uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut.1









4 Comments
soalan not bad …
good
nice
wow, amazing